Wednesday, November 24, 2010

BizkuT's November Stories in Collage...

al-Kisah...


13 Nov 2010 @McD Puncak Alam Around 2.45pm =P Suppose to be 2.30pm..


'Love it! Sing it!' Contest in Facebook!!! Yeay!!!Thanks a lot to Saiful, Red, Anna, Dayah & Aini...because sudi meluangkan masa bersama-sama Bizkut untuk menghabiskan cash voucher McD =D HeHe...


2nd Raya Haji over the South Cina Sea..




Thanks a lot to Fae's & families for the invitation and all the marvelous dishes such as Laksa Sarawak (terubat rindu), Mee Jawa & tempting home-made cake and pudding...




Lastly...Shout Awards 2010!!!




What a great November for me =D


The End

Saturday, November 13, 2010

Hari Keputeraan ku yang ke-22

Next Shopping Destination: Fahrenheit 88

Salam~ Hey! Bizkut di dalam rumah!(Bizkut in da House!)

Alhamdulillah, at last...13 November 2010...Just shifted to another new phase 'number' in my life...Syukur ke hadrat Illahi...sudah 22 tahun Alfairez J a.k.a Bizkut dilahirkan di dunia yang amat fana dan penuh dengan pancaroba ini. =D Terima kasih Mak.. Pak... kerana membesarkan 'Paiz@Fariz'(nama panggilan Bizkut kat rumah) dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Memang anak mu ini sangat lah degil dan keras hati untuk mencapai apa-apa pun yang dia nak.
Kepada ahli famili yang lain, terima kasih atas sokongan, kritikan dan sebagainya...Bizkut sangat menghargainya...Kepada kawan-kawan seperjuangan dan tak seperjuangan..sesiapa jer yang mengenali diri ini, terima kasih banyak kerana anda sentiasa berada di sisi saya... =D Thanks for all of your sweet and sexy birthday wishes!! haha =P Really really really really really appreciate it!!!

Semalam gi KL, huhu...seronok sebab dapat melepaskan tension untuk sementara...Pergi menara Olympia ambik gift meal voucher McD, dahtu jejalan kat muzium telekom (tak leh lah..macam pelancong sudah..), jalan kaki dari Pasar Seni-Jalan Raja Chulan- Jalan Pudu-Bukit Bintang!!! Waduh!!! sakit terus kaki gue!!! Work-out la konon. ahakz!!!



Gi Olympia Tower ambil voucher!



Gi Muzium Telekom...Nostalgia sangat....



The Most Interesting Photo of The day!!! Bunuh Ayam Goreng!!! Health-Concern giler la org yg buat ni!!!


That's it...The End...Kawalala Lumpur yawww!!! -Bizkut

Thursday, November 11, 2010

November Rain

(Redha Rashid : 3rd Nov + Liyana Nadrah: 10th Nov = Alfairez J. @ Bizkut: 13th Nov)


Salam~ hey y'all...

Dalam beberapa hari lagi Bizkut akan menyambut Hari Keputeraan yang ke-22. HuHu!
Perasan tu...hari keputeraan...sesiapa yang baru saja dan akan menyambut hari lahir mereka pada bulan ini iaitu bulan NOVEMBER...十一月...تشرين الثاني / نوفمبر....dan berbintangkan zodiak Scorpio dan Sagitarrius...

Selamat Hari Lahir Bizkut ucapkan...Semoga sihat, dimurahkan rezeki, tercapai impian mahupun hasrat dan sukses selalu yer!!!!

P/S : Pls...Jangan prank saya...kita sambut elok-elok ek... =P


PERSONALITI BERDASARKAN BULAN KELAHIRAN : NOVEMBER
  1. Banyak idea dalam perkara.
  2. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  3. Berfikiran kehadapan.
  4. Berfikiran unik dan bijak.
  5. Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.
  6. Pemikiran yang tajam.
  7. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  8. Bagus untuk jadi doktor.
  9. Cermat dan teliti.
  10. Personality dinamik.
  11. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  12. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  13. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  14. Terlalu degil dan keras hati apabila hendak sesuatu.
  15. Diusahakan sehingga berjaya.
  16. Tak suka marah kecuali digugat.
  17. Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  18. Pandai muhasabah diri.
  19. Cara berfikir lain dari orang lain.
  20. Otak yang sangat tajam.
  21. Pandai mendorong diri sendiri.
  22. Tidak hargai pujian.
  23. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya.
  24. Badan yang "tough" (sasa).
  25. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.
  26. Romantik.
  27. Berfikiran tidak pasti dgn hubungan kasih sayang.
  28. Suka duduk di rumah.
  29. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  30. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  31. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  32. Bercita-cita tinggi.
  33. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Sunday, November 7, 2010

Dramaswasta Malaywood


Terimalah, pasangan Sehati Berdansa!!! =P

Salam u olssss~ hehe =P

Bizkut baru jer lepas tengok Cerekarama-Sebelum Akhirat kat TV3 tadi. Lakonan yang mantap daripada sepasang suami isteri iaitu Fauzi Nawawi dan Lisdawati. Pergh...sadis siot. Menjadi gila lakonan Abang Fauzi tuh.

Salute lah dgn Abang Fauzi! Rasa-rasanya ada peluang untuk menang best actor dalam Anugerah Skrin 2010 tahun ni tak? Bukan apa, sangat kagum dengan bakat yang Abang Fauzi ada, sangat versatile! Urm...no offense, Bizkut rasa, Abg Rosyam pun tak dapat lawan kot...in term of versatility lah...Tapi Abang Rosyam pun dah banyak menang anugerah kot. Anyway, well done and all the best for to all the crew, actor and actresses, director, producer yang terlibat di dalam pembikinan drama tu.



Bizkut dapat award!!! Terima Kasih!!! (Berangan Jap)

Sempena dengan Anugerah Skrin yang akan menjelma, Media Prima sedang menghidangkan koleksi-koleksi telefilem yang terbaik dan mungkin (atau memang confirm kot =P) dicalonkan untuk Anugerah Skrin tahun ni pada setiap malam Ahad. Antaranya:

  1. Taubat Nasuha 24/10
  2. Bagaikan Sumayyah 31/10
  3. Sebelum Akhirat 7/11 <---yeay!!! Bizkut baru tengok tadi =P
  4. Miah Oh Miah 14/11
  5. Masyitah 21/11
  6. Dalil Cinta 28/11
  7. Lillah Ta'ala 5/12
  8. Kepok dan Nisan 19/12
If korang semua nak tengok sinopsis telefilem-telefilem tersebut..sila la klik ni -->http://www.meow.my/senarai-telefilem-yang-diulangsiar-sempena-anugerah-skrin-2010.html

Hehe, time tengok cerita tu tadi, teringat pulak kat Bapak kat rumah. Selalunya, bapak Bizkut takkan miss tengok drama-drama melayu pada sebelah malam tak kira la kat TV3, TV2 ataupun TV1. Dan kebiasaannya, Bizkut ni la jugak yang rajin menemani beliau. hehe..Miss Ya Bapak!

Oklah, Bizkut nak tdo. Gue capik banget nih. Eye-bag a.k.a kantung mata Bizkut pun dah
macam...







(-.-) Zzzzzzzzzzz~

10 Kebaikan Coca-Cola


Hey Korang!!! Bizkut nak story sikit tentang...chup!!! Coca-Cola yeah~

Info ni Bizkut dapat dari sahabat Bizkut dari Brunei Darussalam. Tak tahulah sahih ke tak. Kadang-kadang semua ni hanya propaganda semata-mata. Kan?

Dalam e-mail tu siap tulis...
P/S: Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Let's get started!!! wooohooo!!!

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?

Kalau rajin tu, anda semua bolehlah mencuba kajian-kajian ini di rumah (At your own cost..hehe =D):

____________ _________ _________ _________ _______

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
____________ _________ _________ _________ _______

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? Check this out...
---> http://video.about.com/housekeeping/Clean-a-Toilet-With-Coca-Cola.htm

____________ _________ _________ _________ _______

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

____________ _________ _________ _________ _______

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

____________ _________ _________ _________ _______

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

____________ _________ _________ _________ _______

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

____________ _________ _________ _________ _______

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

____________ _________ _________ _________ _______

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

____________ _________ _________ _________ _______

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh!

Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

____________ _________ _________ _________ _______

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.

Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

____________ _________ _________ _________ _______

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.








Tepuk dahi tanyala hati....nak minum ke tak? Bizkut pun minum jer..lebih-lebih lagi Vanilla Coke..Layan woo...Anyway, minum lah in moderation. Okla...daaa!!!

Friday, November 5, 2010

Hari Lelaki Sedunia, boleh?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Hai, Alhamdulillah...Bizkut baru jer balik dari menunaikan Solat Jumaat dari masjid terdekat rumah sewa Bizkut kat Puncak Alam ni. Cuaca hari sangat lah terang benderang, tak seperti semalam yang agak mengecewakan kerana semalam hari laundry Bizkut.hehe =P Tapi takpe, jemur kat dalam rumah pun jadi lah.

Solat Jumaat kat masjid al-Furqan Puncak Alam, sangatlah meriah. Setiap hari Jumaat confirm penuh. Tadi, sampaikan Bizkut kena solat outdoor, memang betul-betul outdoor lah. Kat atas rumput yang menghijau dan di bawah sinaran matahari. Fuh! gigih...tapi gigih lagi mereka ni la. =D

Hurm, harap-harap masjid al-Furqan tu akan di perbesarkan lagi, sebab semester depan akan ada lebih ramai pelajar yang akan pindah ke UiTM Puncak Alam ni. Entah macam mana entah if masjid tu tak diperbesarkan. Masalahnya, dua-dua masjid di Puncak Alam ni, satu lagi di fasa 3 tu, pun full house pada hari Jumaat jer la. =P

Walauapapun, saja nak share. Sekecil-kecil Masjid al-Furqan Puncak Alam ni, mereka ada laman sesawang sendiri kot. Pergh..check this out! -->> http://www.alfurqanonline.net/

Oklah, banyak plak Bizkut ni membebel kan. Tetiba bersemangat pulak nak post blog semenjak blog dah di upgrade. Haha..okla..ni Bizkut nak kongsi bersama Fadhilat Hari Jumaat yang Bizkut cekup dari http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/06/13/fadhilat-jumaat/. Terima kasih yer. Renung-renung kan dan selamat beramal.(Sorry Prof Izzy...hehe..pinjam tagline jap)

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


Blog Biru Baru BizkuT

Hey hey hey! Bizkut In Da Houseeee~ 1, 2, 3 Snap!

Lama sangat dah Bizkut tak usik blog ni. Nasib lah blog ni virtual, kalau lah physical or benda yang dapat disentuh, gerenti dah satu tan habuk dan kulat hinggap kat blog ni.
Sebenarnya, Bizkut tak dapat nak melelapkan mata, entahlah kenapa. Maybe tadi dah tido kejap kot. Walauapapun, ni la blog Bizkut yang boleh di katakan baru la. Pilih warna biru untuk di jadikan tema blog ni. Nama blog 'BizkuT D' Blog'. Takde idea dah, letak jer la.
Blog ni akan Bizkut dijadikan tempat Bizkut kongsi apa-apa jer cerita. Harap korang enjoy la membaca blog yg agak plain Bizkut ni nanti. Peace yo!


Vote Kami Jika anda Sayangkan Budaya Kita!!!

Eh, sebelum tu. Korang boleh la support idea kumpulan Bizkut '1 Malaysia Exposé Tour' kat DiGi Youths- Free Your Ideas Contest kat FB. Korang boleh klik link ni --> http://apps.facebook.com/freeyourideas/?entry=274. Seminggu sekali jer, sekarang dah masuk minggu ke-3, if Bizkut menang...Bizkut belanja korang Ice Lemon Tea sorang satu oryteee...Oleh kerana kumpulan kami sangat lah concern utk menjaga budaya kita...dengan kesempatan ini....kepada yang beragama Hindu dan sesiapa jer menyambut Deepavali...Happy Deepavali kami ucapkan!!! Vanakaam! ammaaa!!! =P 1 Malaysia!!!


Yeah!!! Let's Danceee!!!