Friday, November 5, 2010

Hari Lelaki Sedunia, boleh?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Hai, Alhamdulillah...Bizkut baru jer balik dari menunaikan Solat Jumaat dari masjid terdekat rumah sewa Bizkut kat Puncak Alam ni. Cuaca hari sangat lah terang benderang, tak seperti semalam yang agak mengecewakan kerana semalam hari laundry Bizkut.hehe =P Tapi takpe, jemur kat dalam rumah pun jadi lah.

Solat Jumaat kat masjid al-Furqan Puncak Alam, sangatlah meriah. Setiap hari Jumaat confirm penuh. Tadi, sampaikan Bizkut kena solat outdoor, memang betul-betul outdoor lah. Kat atas rumput yang menghijau dan di bawah sinaran matahari. Fuh! gigih...tapi gigih lagi mereka ni la. =D

Hurm, harap-harap masjid al-Furqan tu akan di perbesarkan lagi, sebab semester depan akan ada lebih ramai pelajar yang akan pindah ke UiTM Puncak Alam ni. Entah macam mana entah if masjid tu tak diperbesarkan. Masalahnya, dua-dua masjid di Puncak Alam ni, satu lagi di fasa 3 tu, pun full house pada hari Jumaat jer la. =P

Walauapapun, saja nak share. Sekecil-kecil Masjid al-Furqan Puncak Alam ni, mereka ada laman sesawang sendiri kot. Pergh..check this out! -->> http://www.alfurqanonline.net/

Oklah, banyak plak Bizkut ni membebel kan. Tetiba bersemangat pulak nak post blog semenjak blog dah di upgrade. Haha..okla..ni Bizkut nak kongsi bersama Fadhilat Hari Jumaat yang Bizkut cekup dari http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/06/13/fadhilat-jumaat/. Terima kasih yer. Renung-renung kan dan selamat beramal.(Sorry Prof Izzy...hehe..pinjam tagline jap)

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


No comments:

Post a Comment