Friday, October 18, 2013

al-Fatihah, Takziah

       Mati, Meninggal, Die, Death, Pass-away, Parai... Hurm, semua perkataan tersebut memang agak menakutkan dan menginsafkan bagi Rez. Namun, perkara tersebut memang akan dihadapi oleh semua benda hidup di dunia yang fana ini. Tak kira bangsa, agama, rupa, muda, tua, tinggi, rendah, gemuk, kurus, apa-apa jer lah. Kita semua akan kembali ke pangkuan-Nya. Bak kata Ustaz dulu, jangan takut mati, mati itu pasti. 

By the way, 'Parai' tu mati dalam dialek orang Iban. (word of the day)

         Fikiran Rez boleh di katakan terpanggil untuk menulis tentang tajuk ni sebab ada kawan kepada anak buah Rez, dimana mayatnya ditemui di Batu Niah, Miri dipercayai mati dibunuh. Tak tau sangat cerita hujung dan pangkalnya, sempena hari Jumaat dan bulan yang mulia ni, Rez nak sedekahkan al-Fatihah dan ucapan takziah buat si arwah dan keluarga arwah. Memang agak sedih walaupun Rez tak kenal dengan si arwah. Haa..baru jumpa news article from The Borneo Post. Sila klik http://www.theborneopost.com/2013/10/18/body-found-with-slash-wounds/

(Gambar diambil dari link yang di kongsi oleh kakak Rez,  Mohd Azarul, nama panggilan si arwah 'Lobo' al-Fatihah)
Okay. Saja nak kongsi, salah seorang adik blogger cantik, manis, berdarah campuran kita yang Rez terbaca dalam salah satu blog di mana link dia terpampang kat Facebook, kalau tak silap Rez tergerak hati klik  link tersebut pada minggu lepas. Mungkin ada blogger yang memang sedia tahu, Allahyarhamah Yasmin Johan, meninggal pada 3 June 2012 disebabkan kemalangan jalan raya, alamat blog dia http://misschronicz.blogspot.com/ . Sekarang, blog ni parent dia yang jaga. ;') Alhamdulillah. This girl and her family quite inspiring me. Entahlah, kenapa. Tapi, anda sendiri boleh lah melawat blog si arwah dan google saja nama arwah, ada cerita yang mungkin boleh buat anda berhenti dan berrfikir sejenak. al-Fatihah.

(gambar di copy dari http://tepakbersulam2.blogspot.com/2012/09/aku-dah-baca-siapakah-yasmin-hunwik-aku.html boleh jer baca cerita dia kat blog ni... sekadar berkongsi)

               As a conclusion, mati tu tak kira umur. Jika ajal dah menjemput, tiada button pause, forward and rewind okay. Berdoalah semoga kita, bila tiba masanya nanti, pergi dalam keadaan yang tenang dan mulia hendak-Nya. InsyaAllah. Kepada saudara dan saudari se-Islam ku, beringatlah selalu, kerjakanlah perkara yang wajib (Solat lah ;') ...) kumpulkan amalan baik selagi masih hidup, selagi masih termampu. Cuba untuk menjadi yang terbaik di dunia dan akhirat untuk diri sendiri, keluarga, orang lain dan agama. Rez pun bukan sempurna mana pun, tapi sekurang-kurang kita cuba untuk berubah kearah yang lebih baik. InsyaAllah. Senyum...live your life. Peace!

Smile,
Rez

No comments:

Post a Comment