Wanita Lubnan milik Pak Uban, Picture-NST Online
Setelah kira-kira 1 tahun 7 bulan menduda selepas kematian isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Laila Taib akibat menghidapi kanser, Tan Sri Taib Mahmud berumur 74 tahun ketua menteri Sarawak kelahiran tempat asal saya sendiri telah selamat melangsungkan majlis pernikahan tertutupnya semalam. Dengar khabar, beliau telah mengahwini seorang wanita Lubnan berusia dalam lingkungan 28 tahun. Wooo...boleh tahan 'Pak Uban' kita tok eh! =P Memang taste overseas jak-jak. Walauapapun, tahniah semoga berbahagia di samping isteri baru tersayang.
Semoga berbahagia hendaknya, Picture-NST Online
Untuk pengetahuan anda semua, beliau telah berkhidmat sebagai ketua menteri Sarawak yang ke-4 sejak tahun 1981 dan berkecimpung dalam dunia politik sejak tahun 1970. Perghh..lama tu...mana taknye, dari kecik sampai kebesar Bizkut menatap muka dan mendengar nama orang tua ni kat tv, radio dan surat khabar Borneo Post dan Utusan Borneo. =P Macam-macam jer gosip-gosip di kalangan rakyat Sarawak yang Bizkut dah dengar Urm...so far, yang kurang enak di dengar lah. Tapi, bagi Bizkut Pak Uban juga banyak menyumbangkan jasanya kepada Negeri Sarawak. Urm...dan Bizkut rasa...dah boleh kot Pak Uban ni berhenti menjadi Ketua Menteri Sarawak. Umur pun dah lanjut, baru kahwin pulak tu kan...confirm dah ada orang yang akan menjaga disisinya...dah boleh rehat kot, honeymoon...hehe...kasilah peluang kat orang lain lagi kan. =P
Oklah, It seems that I'm too carried away. =P Stop! Sekian saja berita terkini, liputan khas dari semenanjung Malaysia. -Bizkut-
No comments:
Post a Comment