Wednesday, December 8, 2010

Cuti?



Hey yaaawww! Assalamualaikum...

Pelajar sekolah rendah, menengah, UiTM & IPTA2 lain sedang berada di musim cuti sekolah dan cuti semester hujung tahun. Apa je korang buat masa cuti-cuti camni?
  1. Duk umah menghabiskan beras?- Tido, makan, minum, tengok tv, baca majalah, online, sms, men gem, cuci keta/motor, blogging , downloading, uploading dll.
  2. Kuar jalan2 menghabis duit?- Tengok movie, shopping, main bowling, karaoke, gi konsert dll.
  3. Membahayakan kesihatan?- Merempit, racing kereta dll.
  4. Beriadah?- Gi gym, main bola sepak, main badminton, main sepak takraw, jogging, berenang dll.
  5. Melancong?- Dalam negeri, luar negara dll.
  6. Mengasah bakat?- mencipta lagu, belajar main alat muzik, menyertai ujibakat2 yang diadakan, berlakon, belajar memasak, belajar menjahit, belajar buat pastry, tulis skrip, tulis novel, buat filem pendek dll.
  7. Kenduri?- Kenduri (pengilan-dalam bahasa Sarawak), kahwin, arwah, birthday party pun dikira kenduri la kot... =P dll.
  8. Menjadi anak yg baik?- tolong parent, jaga adik-adik, anak buah, adik saudara, membantu keluarga berniaga dll.
  9. Mengigihkan diri?- kerja part-time, volunteer untuk event-event, Christmas caroling dll.
  10. Belajar?- belajar bahasa ke-3, belajar ni, belajar tu. eh...lebih kurang macam mengasah bakat la ni... lalala =P
Apa pun jua aktiviti yang korang buat, korang fikir la betul-betul... adakah aktiviti itu berbaloi dan cukup selamat bagi diri korang sendiri...jangan lah menyusahkan parent or famlily korang...and then..ingat2 lah Tuhan yer...semoga Tuhan memberkati dan meredhai segala aktiviti-aktivti yang korang buat semasa musim cuti ni..make your life more interesting peeps! Ciao!


No comments:

Post a Comment